Ingin tahu post terbaru, promosi HEBAT dan tips-tips menarik tentang kesihatan mahupun tentang produk SHAKLEE? Daftar EMAIL anda DI SINI sekarang! :

Thursday, September 19, 2013

Sedikit Info Salah Faham Tentang Supplement

*Supplement adalah ubat ?
TIDAK. ---> Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang "asing" untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

*Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan?
Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.
*Semua supplement sama saja ?
TIDAK. ---> Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi.











*Supplement memberi kesan sampingan?
BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAk memberi kesan sampingan.

*Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja ?
TIDAK. ---> Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan.
~Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin?
~Tun Mahathir adalah pengamal suplemen, bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan buah pemikiran) dengan atuk kita yang seusia dengannya (yang tak ambil suplemen). Jelas kan?

Secara ringkas perbezaan di antara ubat dan vitamin untuk anda renung-renungkan. Jom baca!

UbatVitamin (Food supplement)
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ
Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzimBahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita
Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainyaTidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos
Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dosIa bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan
Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihanSelamat diambil, tiada risiko maut
Menghasilkan kesan kepada setiap orangTidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.
Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jamBertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh
Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannyaMerawat terhadap punca penyakit
Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi
Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang mudaOrang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah
Ubat boleh menyebabkan penyakitVitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan


Ha sekarang dah tau kan perbezaan antara ubat dan vitamin.
So masih nak fikir-fikir lagi ke? semua itu terpulang pada kebijaksanaan anda semua...saya hanya menyampaikan saja ok...

Apa-apa pun semoga anda semua "SIHAT LUAR BIASA HEBAT".



Ultraman ACE!!






Hari ini saya nak kongsi tentang antara produk yang ditawarkan oleh Shaklee, iaitu Set ACE. Macam bunyi Ultraman Ace lah pulak..hehehehhe.. Shaklee menawarkan supplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan.


Apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada set ACE ini?
  • Menguatkan sistem imun
  • Berasa muda
  • Meningkatkan tahap kesihatan



Vitamin apa yang terdiri di dalam set ACE ini?
  • Carotomax
  • Sustained Released Vita C   Chewable VITA C
  • Vita-E Complex



Kenapa kita perlukan Set ACE ini?


Sekarang ini kita amat memerlukan lebih perlindungan antioksidan daripada dahulu. Pencemaran pendedahan kepada cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA dalam tubuh. Antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini. 

Jadi, tunggu apa lagi, memaksimakan perlindungan antioksidan anda dengan set ACE ini! Dapatkan segera daripada saya! Ooopps, memandangkan Sustained Released Vita C OUT OF STOCK , saya akan gantikan dengan Chewable Vita C yang sedap itu!




Khasiat Set A (Set Optimum) Shaklee





Set A (set optimum) terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Vitamin dan mineral ini terdiri dari:
  • Vita Lea (multivitamin dan multimineral)
  • B Complex
  • Vita-C

Vitamin dan mineral yang tersenarai di atas adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti serta penjagaan mental yang baik. ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.
Siapa yang boleh mengambil set ini?
  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas

Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambahbaikan dengan mengambil Energising Soy Protein, Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk lebih baik lagi.


"Sharing Is Caring"

Monday, September 16, 2013

Cara Merawat BUASIR

Buasir biasanya berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir.
APA ITU BUASIR?
Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.
Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan jika meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas.
Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
BAGAIMANA MERAWAT BUASIR?
Untuk merawat buasir, anda digalakkan mengambil vitamin Shaklee yang terdiri daripada Ostematrix, OmegaGuard dan Zinc Complex.
Fungsi setiap suplemen Shaklee ini adalah:
★OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
$$ Harga runcit Ostematrix ialah RM61. Hubungi saya untuk harga istimewa.
★OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OmegaGuard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
$$ Harga runcit OmegaGuard ialah RM136. Hubungi saya untuk harga istimewa.
★ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dan proses membuang air besar yang sangat perit dan sukar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat
$$ Harga runcit Zinc Complex ialah RM33. Hubungi saya untuk harga istimewa.

Friday, September 13, 2013

MEALSHAKES & ESP untuk Penyakit HFMD.

Saya mahu berkongsi pengetahuan dengan anda semua tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.


Definisi dan Penyebab:-
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan:-
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit:-
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD:-
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

JANGAN BAWA anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik!!!
Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.
meal shake
Wallahu A’lam.
****************************************
Ni testimoni seorang ibu yang menggunakan Shaklee Meal Shakes & ESP untuk anaknya yang dijangkiti HFMD

Thursday, September 12, 2013

Bahaya GEMOK!!

Anda stress sebab tak mampu nak kontrol selera makan?

Anda nak kurus tapi malas nak workout?

Tahukah anda bahawa di sebalik tubuh anda yang gempal tapi comel itu boleh mengundang pelbagai penyakit?

Dan percayalah! Takkan ada Magic Power yang boleh buat anda jadi kurus tanpa perlu kontrol makan dan tanpa workout.


Jangan risau!

Saya ada supplemen yang boleh buat anda rasa kurang berselera nak makan, ia juga boleh bantu tingkatkan tahap metabolisme anda dan dalam masa yang sama, ia juga mampu meleraikan pengumpulan lemak-lemak tepu yang melekap kukuh didalam badan anda selama ini. Jika diambil secara konsisten dalam masa sebulan, anda mampu hilangkan 5-6kg atau mungkin lebih lagi.

Nak cuba?


SID 967341

Suplemen untuk masalah GOUT!


VITAMIN UNTUK MASALAH GOUT

Salam Semua,
 
Hari ni saya nak sharing serba sedikit mengenai penyakit GOUT. Penyakit gout ni kalau menyerang penghidapnya memang sangat sakit sampai kena ambil painkiller utk kurangkan bengkak dan sakitnya. Ada org kata sampai nak jejak tumit ke lantai pun sangat sakit. 




Jom kita tengok info mengenai GOUT :

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. 

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit. 

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi. 

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu. 

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan gout: 

  • Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet. 
  • Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics. 
  • Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout. 

Simptom-simptom Sakit Gout 

  1. Biasanya menyerang ibu jari kaki.
  2. Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
  3. Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
  4. Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
  5. Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
  6. Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
  7. Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari. 

Antara makanan yang patut di elakkan ialah:- 

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis) 




Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urikyang menyebabkan gout


  • Alfalfa - untuk membantu menyingkirkan asid urik dari badan. 
  • Performance Drink- memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan bendalir yang cukup untuk menyingkirkan asid urik.
  • Omega Guard- Sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
Jika mendapatkan konsultasi dari doktor, mereka pasti menyarankan pesakit bergantung dengan ubat semata-mata namun kesan dari pengambilan ubat secara berterusan juga boleh meningkat risiko ke atas buah pinggang pula.

Untuk konsultasi PERCUMA, saya boleh di hubungi melalui:


Panduan Pemakanan Ibu Menyusu

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

Protein
  1. 2-3 hidangan sehari. 
  2. 1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
  3. Kalsium
  4. Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
  5. Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
  6. Sumber terbaik kalsium adalah :
  7. Susu, yogurt dan keju
  8. Jus oren diperkaya kalsium
  9. Tauhu
  10. Ikan sardin
  11. Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli
  12. Zat Besi
  13. Sumber protin termasuk 
    • Daging, Ayam
    • Makanan laut *
    • Telur
    • Keju, susu dan yogurt
    • Tauhu
    • Kekacang

Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk
  • Daging, Ayam
  • Makanan laut *
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur
  • Vitamin C
Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.


Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.

Sumber vitamin C yang baik termasuk :
  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato
  • Vitamin dan Mineral

Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.


Cecair

  • Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
  • Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
  • Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
  • Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.


**Tip Lain
Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.


* Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak makan ikan jerung, todak, king mackerel kerana kandungan merkurinya yang tinggi.
Sumber : UCSF Nutrition Counseling Center
What Shoud A Breastfeeding Mother Eat, Ame
da


Jika ibu-ibu yang menyusukan anak sudah lengkap mengambil makanan seperti di atas tidak perlulah lagi untuk menambah dengan pemakanan supplement @ vitamin..tetapi jika sebaliknya terpulanglah pada diri anda sendiri..jika saya memang mengakui agak sukar untuk mendapat hidangan lengkap setiap hari tetapi saya cuba juga untuk menyediakan hidangan selengkap yang boleh..sebab itulah saya memilih untuk tambah vitamin bagi menampung keperluan segala zat dalam pemakanan seharian saya...Bagaimana pula dengan anda...Tepuk dada tanyalah IMAN...



Tingkatkan kesuburan dengan Vitamin E dan Zinc

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membaw kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.


Punca wanita tidak subur:

Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh 
  • Endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:

  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
  • Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:

  1. Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  2. Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  3. Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
  4. B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.


Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc atau coqhealth bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

"Sharing is Caring"


Waktu yang sesuai untuk mengambil vitamin

Salam...

Kepada mereka yang memerlukan info waktu yang sesuai untuk makan vitamin anda boleh baca di bawah ini ye..semoga info ini dapat membantu.. ;)


Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? 

Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).


Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:


VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.


VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.


Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.


Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN!!

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E 
kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix 
kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.


Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.


Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


"Sharing is Caring"



Vitamin yang PENTING dan TIDAK boleh diambil oleh IBU MENGANDUNG

Salam...
Info penting buat ibu-ibu mengandung..jangan abaikan pengambilan vitamin semasa mengandung..mungkin ibu-ibu biasa dengar makan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan anak keluar besar..adakah benar atau mitos sahaja..bagi saya ianya hanya mitos kerana saya belum pernah terbaca lagi apa-apa kajian yang mengatakan vitamin boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar..

Ok..mari kita baca info penting ni ya..





Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

VITAMIN YANG PERLU
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

FUNGSI VITAMIN
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :
Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 019-5230707 (call / sms) atau email atinuzrima@yahoo.com.my Atau boleh isi BORANG ORDER !


"Sharing is Caring"


Info Produk

Vitalea (Multivitamin)

  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  • Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  • Penting bagi prosess pertumbuhan.
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  • Melengkapkan nutrient yang kurang.
  • Membantu penyerapan zat dari makanan.

Vita-C Sustained Release

  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  • Membantu dalam penyerapan zat besi.
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

B Complex

  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  • Membantu kelancaran urat saraf.
  • Mengelakkan stress.
  • Mengelakkan sembelit.

Alfalfa

  • Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  • Mengatasi sakit sendi.
  • Membanyakkan susu badan.

Vitamin E

  • Melambatkan proses penuaan.
  • Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  • Membantu dalam penyerapan oksigen.
  • Mencegah kanser.
  • Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  • Sebagai antioksidan.

Ostematrix (Calcium Magnesium)


  • Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Mencegah kekejangan otot (cramp).
  • Membantu dalam pembekuan darah.
  • Menstabilka denyutan jantung.
  • Mengurangkan migrain.
  • Membaiki stimulasi urat saraf.

Zinc

  • Menyembuhkan luka.
  • Terlibat dalam penghasilan insulin.
  • Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  • Mengawal kelemumur.

Lecithin

  • Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  • Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  • Bagus untuk rambut.
  • Menegangkan dan melembutkan kulit.

Carotomax (Beta Carotene)

  • Untuk kesihatan mata.
  • Membina semula sel yang rosak.
  • Menguatkan imuniti badan.
  • Membina sel darah putih.

Fiber

  • Membantu mengurangkan sembelit.
  • Untuk kesihatan usus.
  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah.
  • Membuang toksin dalam badan.

Omega Guard

  • Mengurangkan kolesterol.
  • Membina sel otak.
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan risiko sakit jantung.

GLA Plus

  • Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  • Membantu mengawal kencing manis.
  • Membantu mengawal berat badan.

Energizing Soy Protein

  • Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  • Membina sel2 tubuh.
  • Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  • Membina ketahanan badan.
  • Menambah susu badan.

MealShake

  • Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  • Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  • Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.

Performance Drink

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

"Sharing is Caring"



Tuesday, September 10, 2013

RAHSIA KURUS 15KG DENGAN MODAL RM1K++ UNTUK 8 BULAN TERBONGKAR!!


Kurus dalam masa 5 hari?? 

» Mengarutlah..


Kurus dengan budget RM100 sahaja?

» Dengan RM100, dapat apa je ye?

^Persoalannya, dalam tempoh sebulan, cukupkah masa untuk hilangkan 10-20kg?

Kalau betul ada, memang MAGIC lah!!



Saya sendiri dalam usaha untuk kuruskan badan tapi tidaklah mendambakan penurunan yang drastik. Dan saya tidak mahu kurus dengan pantas tanpa mengetahui apa kandungan ubat yang saya amalkan. Saya ingin kurus dan sihat, bukannya kurus tetapi sakit.

Setelah mencuba pelbagai jenis produk, akhirnya saya dah jumpa produk yang serasi dengan tubuh saya. SHAKLEE pilihan muktamad saya.Tidak lagi berasa pening, tidak lagi alami rasa nak pitam, tak perlu lagi nak pantang makan secara ketat sangat.

Dan hasilnya, dalam 8 BULAN saya berjaya HILANG 15kg!!

Berapa kos saya?!

Kalau dihitung-hitung, kos saya dalam RM1200 sepanjang 8 bulan amalkan produk SHAKLEE ini. RM 1200 untuk 8 bulan, bersamaan dengan RM150 sebulan dan RM5 sehari. Berbaloi kan?!

Cubalah anda bandingan pula dengan kos produk yang sedang anda guna sekarang?? Ambil kalkulator dan kira sekarang!! Jimat banyak kan?

Apa yang saya amalkan?!
Saya cuma ambil ALFALFA 700tab, Lecithin & ESP sahaja. Set Slimming Shaklee yang paling basic.  Dan ianya dah cukup berkesan pada saya.

JADI, MENGAPA ANDA PERLU BAYAR LEBIH??

Nak dapatkan Set Slimming SHAKLEE seperti yang saya amalkan??
Roger saya untuk order.

*Lecithin sedang MELETOP di pasaran. Kalo nak try, memang saya kena order stock cepat-cepat. Di MALAYSIA nie ade berjuta orang yang mahu kurus. Produk-produk SHAKLEE yang tak berapa nak mahal nie mmg menjadi tumpuan.

So, cepat inform saya kalau nak kurus. Saya akan bagi harga menarik + BONUS untuk pelanggan yang membeli dengan saya.

Bonusnya berupa :- "Konsultasi dan Panduan Pemakanan secara PERCUMA."

What?? Tak cukup lagi??

Oklah, ok lah.. ada HADIAH MISTERI menanti 10 Orang Pertama yang order Set Slimming SHAKLEE dengan saya. 

Bukan 1 tapi 2..

Kalau nak hadiah, cecepat order ok..
Tawaran TERHAD untuk 10 YANG PERTAMA sahaja.


Jue (967341)
0195230707





dan ini pic EKSKLUSIF dari saya..:)


AMALAN PENGAMBILAN SET SLIMMING SHAKLEE






Minggu Pertama

☼Pagi : Breakfast mcm biasa Morning Teabreak : minum Cinch segelas.. Bancuh satu scoop dgn plain water/fresh milk/soya milk.
☼Lunch : makan macam biasa. lps lunch amik 3 biji lecithin dan 3 biji herb-lax
☼Petang teabreak : minum Cinch segelas.. Bancuh satu scoop dgn plain water/fresh milk/soya milk
☁Malam : dinner mcm biasa (kurangkan nasi separuh dari hidangan biasa) / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke.
JANGAN skip mkn . lps tue amik 3 biji lecithin dan 3 biji herblax


Minggu Kedua
✿Sama jadual tapi dah boleh start minum Cinch sekali sehari kalau nak. Cinch ni akan bg kiter rasa kenyang dan bertenaga juga.


✎TIPS :
☑Morning teabreak dlm kul 10am:
☑afternoon teabreak dlm kul 430pm-500pm☑minum air putih 3-4 L sehari..☑WAJIB - JANGAN sesekali skip minum air putih yea☑JANGAN skip mkn .. at least mkn biskut, roti, hirup sup,- Penting - -if possible 2mingu pertama.. tulis apa jua yg dimakan.. utk tgk bape byk kalori kita amik sehari. buat 2 minggu pertama je..nnt jd habit.


❤Penting
DISIPLIN! dan jgn depends dgn figure kat alat timbang..sbb dgn shaklee..ia tak pecahkan otot,tapi ia pecahkan lemak... jd at least turun 200-500grm seminggu is gud enuf.


✍TIPS!!
Bila nak turunkan berat,
+ukur dada-pinggang,punggung.
+rekod ukuran dlm 1 buku
+ulang ukur setiap 4hari
+mesti positif,sebab bila berat x turun, tak semestinya x kurus, sebab mungkin otot terbentuk utk shape up / kuantiti air bertambah
Berat air sementara + bila shape up, otot mmg lebih berat dari lemak
>fokus pada shape dan ukuran


GET THE SHAPE FIRST, THEN LOST THE WEIGHT! :)


Digalakkan add on Gla utk individu yg naik berat badan sbb hormon x stabil selalunya kita boleh nmpak bila,period x teratur, bahagian bawah (punggung ke bawah) yg lebih besar dan x seimbang dgn bahagian atas tubuh


MASAMAKANSHAKLEEBERAT TERKINI
7-8 amBreakfast (less calories)-tiada-
10 am-tiada-Bancuh satu scoop cinch dgn plain water/fresh milk/soya milk..
1-2 thgrimakan macam biasa (less calories)lps lunch amik 3 biji lecithin dan 3 biji herb-lax
4:30pm-5:00pmminum Cinch segelas.. Bancuh satu scoop dgn plain water/fresh milk/soya milk..
7-8pmdinner mcm biasa (kurangkan nasi separuh dari hidangan biasa) / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke..Lepas makan: amik 3 biji lecithin dan 3 biji herblax
CHECKLIST / JADUAL : SET KURUS SHAKLEE
Tandakan (/) pada kotak yang berkenaan jika sudah dilakukan


Petua Cepat Dapat Anak


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • FibroidPenyebab biologi di kalangan lelaki:
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsbPenyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemukBagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.
  • Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

BERSENAM
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

MENGELAKKAN PENCEMARAN
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

MENGAMBIL SUPPLEMENT (VITAMIN & MINERAL) UNTUK MENAMBAH KESUBURAN
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 019-5230707 (call / sms) atau email atinuzrima@gmail.com

Monday, September 09, 2013

VACANCY!!



Saya mencari individu yang BERPOTENSI untuk sertai team saya sebagai PENGEDAR BEBAS (Independent Distributor) bagi memasarkan produk SHAKLEE.

Jika anda sedang tercari-cari peluang menjana pendapatan lumayan tanpa perlu mengeluarkan MODAL yang besar, di sini lah tempatnya.


Ade 2 option untuk anda pilih :-

1. Beli mana-mana produk SHAKLEE sehingga pembelian anda mencecah nilai RM650(sm) / RM680(ss) dan anda LAYAK untuk mendaftar sebagai ahli secara PERCUMA, benefit :-
* FREE 200uv & RM30 cash bonus.
* Pembelian produk pada harga AHLI (5% - 20% murah dari harga retail)
* boleh memasarkan produk dan mengumpul UV untuk mendapatkan bonus bulanan sebagai PENGEDAR BEBAS SHAKLEE.
* Peluang jana pendapatan sehingga 3-5 angka setiap bulan.
* peluang untuk RANK UP SEHINGGA MASTER* sekiranya memenuhi kriteria ditetapkan dan berpeluang menikmati INSENTIF KERETA, INSENTIF PERCUTIAN dan banyak lagi.


atau


2. Membayar Yuran Daftar Keahlian Berjumlah RM75 (lifetime fee).
* boleh membeli produk pada harga AHLI (5% - 20% murah dari harga retail)
* boleh mengumpul UV dengan memasarkan produk untuk mendapatkan bonus bulanan sebagai PENGEDAR BEBAS SHAKLEE.
* Peluang jana pendapatan sehingga 3-5 angka setiap bulan.
* peluang untuk RANK UP SEHINGGA MASTER* sekiranya memenuhi kriteria ditetapkan dan berpeluang menikmati INSENTIF KERETA, INSENTIF PERCUTIAN dan banyak lagi.
Tawaran terbuka kepada semua golongan. Tidak perlu kelayakan akademik atau pengalaman kerja.
Yang diperlukan hanyalah kerajinan, positif, bersemangat, tidak mudah mengalah dan bersungguh-sungguh mahu mengubah kehidupan dari 'biasa-biasa aja' kepada yang luarbiasa.
*bimbingan dan tunjuk ajar akan diberikan dari masa ke semasa oleh MASTER-MASTER dan leader-leader yang berpengalaman


Jika berminat untuk sertai saya dan menjana wang berlipat kali ganda.. PM saya. Saya dan team saya akan bantu anda sehingga berjaya.


Jue | sid 967341
019-5230707

Saya Dan SHAKLEE

Setelah lama memerhati, lame meneliti, akhirnya pd 17 August 2013, secara rasminya saya bergelar Shaklee Independent Distributor.

No. Id  - 967341

So kepada kawan2 semua or siapa2 yg berminat nk membeli dan memiliki supplement Shaklee.. Bleh la mula order dgn saya yer. Harga menarik menanti anda semua yg sudi menyokong kerjaya baru sy nie. ;p

Klo anda nk pergi walk in ke branch shaklee sendiri and nk beli dengan harga ahli.. Boleh la gunakan id no. spt yg saya bg diatas. Itupun klo anda belum berdaftar lah.. Jgn risau.. Sy x lokek.. Cuma, sms or whatsapp je sy 0195230707 (JUE), bgtaw  sy anda beli produk ape.. Dats all.. Simple kan?!

Klo nak order dgn sy pon boleh.. Jom singgah fb page sy ' Rayhan's VITA Shoppe '.. Kat sana ade mcm2 info ttg produk yg Shaklee jual. Sblm anda beli kenalah tau khasiat dan kegunaannya. Jangan main beli jer yer.  Beli ikut keperluan anda.. Nk cantik kulit ke.. Nk kurus ker.. Utk menyusu badan ke.. Utk kesuburan ker.. Macam2 ade.

Ok. Sampai jumpa lagi di update akan dtg..




Wassalam
Xoxo
Ibu Rayyan Rayhan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER & JADI AHLI !

Oh BELOG!